WELCOME
AHLAN WA SAHLAN
Thursday, 6 October 2011
Wednesday, 28 September 2011
Makanan Melayu
Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
Makanan:
Belacan
Ia merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Mahupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat. Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan lesung tangan.
Botok-botok
Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.
Cencalok
Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari. Untuk menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi. Untuk menyedapkan lagi apabila dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis atau limau kasturi atau juga dicampurkan sedikit lada basah dan sehiris halia kemudian digoreng dengan telur.
Gula Melaka
Gula Melaka atau dikenali juga dengan nama Gula Tuak banyak terdapat di Melaka. Gula Melaka diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka ini berbeza dengan gula tiruan yang berada di pasaran kini.
Proses membuat Gula Melaka bukanlah satu pekerjaan yang mudah kerana ia terpaksa melalui tiga peringkat pemprosesan. Seseorag yang pakar dalam membuat Gula Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang dapat menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.

Peringkat pertama dalam menghasilkan Gula Melaka ialah dengan menggunakan buluh dan pengikatnya serta pisau yang dikenali sebagai ‘penyadap’ untuk mengambil nira kelapa. Setelah itu, mayang kelapa dilenturkan dengan membalutnya pada daun kelapa muda. Ianya dilenturkan sedikit demi sedikit dan proses ini berterusan sehingga seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah. Mayang yang dilentur dibuang seludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit dan air nira ditakung ke dalam buluh yang sepanjang 1 kaki. Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah air nira daripda menjadi masam. Air nira ini dikenali sebagai air tuak.
Pada peringkat kedua proses memasak Gula Melaka selama empat jam. Pada peringkat ini pengawasan dan pengalaman penting bagi mneghasilkan gula yang baik. Tempat memasak gula Melaka dikenali sebagai sebagai ‘sabak’. Api sabak mesti dijaga agar tidak terlalu besar ketika gula mulai pekat dan mengeluarkan buih yang berwap panas. Nyalaan api tidak boleh dibesarkan lagi di peringkat ‘bunga sena’ di mana keadaan gula telah menjadi agak pekat dan mengeluarkan banyak buih dan mula dikacau perlahan-lahan. Beberapa minit kemudian, kancah diturunkan dan terus dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.
Peringkat terakhir ialah bagi memastikan setelah cukup ukuran kepekatannya dan gula masih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi 3 inci, tidak tertutup di kedua-dua hujungnya dan tabung tersebut diletakkan di atas lantai khas. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut.
Dodol
Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.
Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.
Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.
Otk-otak

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”
Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.
TapaiPada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.
Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.
Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.
Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.
Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.
Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.
Aku Sebuah Basikal
Aku ialah sebuah basikal yang berjenama LERUN. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Kota Kinabalu,Sabah.
Aku dihantar ke Kota Kinabalu dengan menggunakan kapal terbang. Setelah aku sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu, aku diangkat dan dimasukkan ke dalam lori lagi dan dihantar ke kedai. Kedai itu dikenali sebagai CHILDREN SHOP. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM450.
Pada suatu hari, seorang remaja lelaki yang kacak telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya. Remaja yang kacak itu bernama Khairul Anwar.
Khairul Anwar selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar bandar Kota Kinabalu. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu rapi sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.

Masalah remaja
Fenomena remaja lari dari rumah semakin membimbangkan.Masalah ini berpunca daripada pelbagai faktor.
Punca utama remaja perempuan lari dari rumah adalah kerana mengikut kekasih.Hubungan yang erat memudahkan mereka terpedaya.Begitu juga dengan pengaruh rakan.Hakikatnya,remaja cenderung menurut kata rakan tanpa menilai buruk baik perlakuan mereka.
Remaja yang ingin akan kebebasan turut menjadi punca masalah ini.Selain itu,kurangnya perhatian keluarga menyebabkan remaja bosan berada di rumah.Suasana ini akhirnya mendorong mereka keluar dari rumah.
Punca yang seterusnya ialah bargaduh dengan keluarga serta sikap yang tidak minat belajar.Sebenarnya,remaja sebegini hanya memikirkan keseronokan tanpa berasa bertangungjawab terhadap keluarga dan masa depan.
Rumusannya,masalah yang semakin serius ini wajar dibendung.Ibu bapa dan pihak berkuasa perlu berganding bahu untuk menangani masalah.

Monday, 26 September 2011
Langkah menjimatkan elektrik
1. Beberapa tindakan boleh diambil untuk menjimatkan
penggunaan bekalan elektrik iaitu:-
ii) Meminimumkan penggunaan pendingin udara. Kipas angin boleh digunakan
sebagai pengganti.
iv) Memastikan suis lampu dan pendingin udara sentiasa ditutup
sekiranya tidak digunakan.
iv) Memasang alat kawalan pemasa atau movement sensor bagi mengawal suis lampu atau
pendingin udara.
v) Bagi lampu-1ampu yang rosak, guna lampu jenis jimat tenaga (energy saving)
sebagai ganti.
vi) memastlkan pendingin udara sentiasa diselenggara mengikut
jangka masa yang sepatutnya.
vii) Menggunakan pendingin udara atau peti sejuk yang mempunyai Energy
Efficient yang tinggi.
viii) Untuk peralatan makmal yang menggunakan motor elektrik seperti pam dan
blower, pastikan motor elektrik berkenaan menggunakan High Efficient Motor.
ix)digalakkan mengadakan kempen penjimatan elektrik dan penggunaan
elektrik dengan efisyen
2. Bagi tujuan perancangan dimasa hadapan, semua bangunan baru
digalakkan menggunakan rekabentuk,peralatan dan pepasangan yang menjurus
kepada penjimatan elektrik.
3. mengadakan kempen kesedaran tentang penjimatan elektrik
dari semasa ke semasa seperti mengadakan bengkel, latihan dan edaran bahan
bercetak
mensasarkan supaya bil elektrik bulanan akan dapat dikurangkan
sehingga 10% pada setiap tahun.

tulis karangan
Semua murid tahun 3A
Tulis sebuah karangan yang bertajuk 'Guru yang Paling Saya Sayangi'
Tulis sebuah karangan yang bertajuk 'Guru yang Paling Saya Sayangi'
Biodata Tokoh: Tun Dr. Mahathir Mohamad
Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.
Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.
Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.
Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.
Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.
Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.
Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.
Wednesday, 21 September 2011
AKU SEBUAH KOMPUTER
Namaku COMPAQ.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam.Badanku di perbuat dari plastik dan getah.Di dalam badanku terdapat banyak cip dan wayar.
Setelah siap,aku dan kawan-kawanku di muatkan di dalam kotak.Kemudian,aku dan kawan-kawanku dibawa ke Segamat.Setelah sampai,aku dan kawan-kawanku diletakkan di sebuah cermin yang besar untuk dipamerkan.
Pada keesokanya,datang seorang wanita yang cantik.Dia melihat aku dengan gembira sekali.Kemudian dia bertanya kepada jurujual berapa hargaku kemudian,dia membeliku dengan harga RM1,234.
Tuanku menjaga aku dengan baik.Dia menggunakan aku dengan cermat.Dia sering menggunakan aku pada waktu malam.Dia juga sering membawa aku ke tempat kerjanya.
Pada suatu hari,tuanku telah lupa membawa aku ke dalam pejabatnya kerana dia sudah lewat ke tempat kerjanya.Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu kereta dibuka.Seorang lelaki yang tidak dikenali datang mengambil aku.Aku meronta-ronta supaya lelaki itu melepaskan aku.Tiba-tiba lelaki itu menghempaskan aku ke tanah.
Badnku hancur betaburan di tanah.Tuanku memegang badanku denga perasaan sedih.Tamatlah riwayatku.

Penjodoh Bilangan
Isikan penjodoh bilangan yang sesuai.
1. Adik memelihara se............... kucing.
2. Di belakang rumah saya ada se...................... sungai.
3. Ayah menghadiahkan ibu se................ cincin.
1. Adik memelihara se............... kucing.
2. Di belakang rumah saya ada se...................... sungai.
3. Ayah menghadiahkan ibu se................ cincin.
Subscribe to:
Comments (Atom)